Rumput ini dijangka dapat memain peranan penting dalam usaha mengurangkan kos makanan ternakan. Di samping mutu pemakanannya yang baik (protein sekitar 18% dan tenaga ME melebihi 9 MJ/Kg) hasilnya juga sangat tinggi. Justeru, penanamannya harus digalakan. Benih rumput ini sudah lebih mudah diperolehi bebanding dengan setahun yang lalu.
Walau pun maklumat terperinci mengenai rumput ini masih sedikit, maklumat yang ada sudah menyakinkan banyak pengusaha. Rata-rata pengusaha ternakan berhasrat untuk mencuba. Saya juga berhasrat berbuat demikian.
Percubaan pemberian makanan napier india telah dimulakan pada 17 Ogos 09. Didapati arnab sangat suka memakananya. Satu petanda baik. Saya gunakan daun bahagian bawah kerana bahan kering dan seratnya tinggi. Makanan arnab seharusnya demikian.
Kandungan napier india yang saya analisis adalah seperti berikut:
Bahan kering 89.80 selepas dikeringkan
Protein mentah 18.50
NDF 62.68
ADF 35.30
TDN 63.03
ME 9.37 MJ/Kg
P 0.45
Ca 0.72
Mg 0.32
Dig. Protein 12.97
No comments:
Post a Comment