Makanan arnab traditional terdiri dari tumbuhan seperti daun hijau, ubi dan bijirin.
Daun hijau yang sering diberi termasuklah kankong, keledek, ubikayu, mulberi, kubis, geti, petai belalang, dan rumput. Daun-daun di atas mengandungi zat protein yang tinggi dan mudah diperolehi. Di kalangan rumput didapati napier india semakin popular.
Sementara ubi pula termasuklah keledek, ubikayu, carrot dan kentang.Ubi keseluruhannya mengandungi tenaga yang tinggi.
Seterusnya makanan bijirin yang sering diberi termasuklah jagung hancur dan dedak padi. Bahan-bahan ini juga membekalkan tenaga yang tinggi.
Penggunaan bahan hijau dan ubi dapat menggurangkan kos pemakanan. Namun, pemberian dalam bentuk segar tidak digalakan kerana kandungan air yang tinggi dan masaalah getah. Disyorkan supaya dilayukan terlebih dahulu bagi mengurangkan air dan menghilangkan kandungan getahnya.
Adunan hijauan layu dan ubi yang dikeringkan dapat menghasilkan rangsum seimbang dari segi protein dan tenaga.
Cara mudah memberi makanan kepada arnab adalah dengan memberi makanan pelet. Rata-rata harga pelet dalam sekitaran $RM 2.00/kg. Tukaran makanan bagi arnab memakan pelet sekitaran 3. Arnab memakan pelet sebanyak 110g/hari. Lazimnya kos makanan merangkumi 70% dari jumlah kos. Berdasarkan faktor-faktor di atas kos pengeluaran arnab adalah RM8.57/kg. Gantian hijauan dan ubi bolih mengurangkan kos.
Makanan hijau yang senang dihasilkan: Napier India, Daun Keledek, Daun Ubikayu, Mulberry, Petai belalang. Malangnya bahan2 ini kurang asid amino methionine.
Untuk kebersihan dan memudahkan pengurusan makanan hijau elok guna hayrack.
Keperluan Nutrien:
Anak 16% PROTEIN, 10.48 ME MJ/KG
Dewasa 12-16% PROTEIN, 8.77 ME MJ/KG
Membiak 16-20% PROTEIN, 10.45 ME MJ/KG
Rujukan: http://carrotcafe.com/r/
No comments:
Post a Comment